JOHOR BAHRU: Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Badrul Hisham Shaharin didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Selasa atas pertuduhan membuat penerbitan menghasut di media sosial berhubung projek kasino di Forest City Jumaat lalu.
Bagaimanapun Badrul Hisham, 45, atau lebih dikenali sebagai Che'gubard mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasidah Roslee.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan barisan Timbalan Pendakwa Raya diketuai Datuk Masri Mohd Daud, Abdul Ghafar Ab Latif, Abdul Malik Ayob dan Nadia Mohd Izhar, manakala Chegu Bard diwakili Muhammad Rafique Rashid Ali.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan RM20,000 kepada Che'gubard bagi setiap tuduhan dengan seorang penjamin.
Selain itu, pendakwaan turut memohon perintah larangan agar tertuduh tidak mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan umum di mana-mana termasuk platform media sosial sehingga kes selesai.
Bagaimanapun peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Badrul Hisham memohon kadar ikat jamin itu dikurangkan.
"Anak guam saya telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak yang mana tiga daripadanya masih lagi bersekolah sementara anak bongsu, merupakan orang kurang upaya 'autisme'.
"Selain itu, anak guam juga sudah dituduh atas kesalahan sama di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur dengan jaminan ditetapkan pada RM10,000 dengan seorang penjamin.
"Perintah larangan yang dimohon pihak pembelaan pula tidak khusus dan bersifat injuksi.
"Perintah itu adalah tidak berperlembagaan kerana mengikut Perkara 10, rakyat Malaysia ada kebebasan untuk membincang sesuatu perkara secara terbuka mengikut undang-undang," katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta menolak perintah larangan bersuara yang dipohon pendakwaan dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan bagi penyerahan dokumen dan penetapan tarikh perbicaraan.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, turut hadir sebagai peguam pemerhati dan memberi sokongan terhadap Che'gubard. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 30 2024
Che'gubard (kanan) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung
Siti Alia Aisha Mohd Afandi, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku dalam tempoh yang singkat.
Polis tak tutup kes pecah masuk rumah Kieda Crepe
Polis masih mengesan suspek yang memecah masuk dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe di sini pada 25 April.
Filem The Experts catat Kutipan RM10 juta
Filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
China lanjutkan pengecualian visa, Malaysia perlu manfaatkan sepenuhnya pelancongan
Menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Malaysia harus memastikan keseluruhan ekosistem pelancongan mendapat manfaat, termasuk perkhidmatan pengangkutan, hotel, pemandu pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.
Marriot perhentian mula beroperasi
Perhentian Marriott Resort & Spa features 200 exquisite deluxe rooms and 17 luxurious villas. Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin officiated the grand opening, the largest of its kind in the region.
Kriteria calon pilihan PH, analisis kemenangan PN pada PRN lepas dan mampukah Sg Bakap dirampas PH?
Apa strategi paling berkesan untuk buat calon yang bakal dipertaruhkan oleh PH untuk merampas kerusi DUN Sungai Bakap, dan apa pula kelebihan PN untuk mempertahankan kerusi tersebut?
Tinju: Wilder tumbang di tangan Zhang dengan pukulan KO
Petinju China Zhilei Zhang menumbangkan Deontay Wilder dalam aksi tinju heavyweight dunia.
SPR bakal mesyuarat tetap tarikh pada 6 Jun
SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Sungai Bakap.
Selain gaji minimum, jurang upah pelbagai dimensi perlu diatasi - Pakar
Antaranya termasuk kesenjangan upah antara jantina, etnik, kumpulan umur, aktiviti ekonomi, dan negeri.
Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi
Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan yang baharu.
Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.
Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Hakim, Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan itu.
Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
Nik Nazmi hantar surat tuntutan kepada Chegubard
Nik Nazmi tuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan rasuah rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion oleh Che'gu Bard.
Nik Nazmi ambil tindakan undang-undang terhadap Che'gu Bard
Nik Nazmi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard.
PRN: Tindakan saman Sanusi untuk pertahan diri dari fitnah - Amirudin
Amirudin menegaskan tindakan beliau menyaman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohd Sanusi Md Noor sebagai mempertahankan diri dan bukannya salah guna kuasa.